Monday 9 January 2017

Aktiviti Aku

Kami dah letih...tapi masih mampu senyum...
    
Team Aerodance bersama Dato' Malek Noor selaku penaja utama


Pertandingan Senamrobik Zon Utara sempena Program UUM Beauty & Health Festival


Sintok, 03 Disember 2016: 

Team Aerodance buat julung kalinya telah menjalinkan kerjasama dengan Pusat  Penginapan Pelajar (SAC) mengadakan Pertandingan Senamrobik Zon Utara sempena Program UUM Beauty & Health Festival telah mendapat sambutan yang meriah. Program ini di serikan lagi dengan penampilan istimewa Dato' Malek Noor selaku penyumbang  utama. 

Lapan pasukan telah berentap merebut wang tunai dan Piala Pusingan Dato' Malek Noor yang terdiri dari staf dan pelajar UUM. Lebih meriah lagi apabila pertandingan ini mendapat sambutan dari Kementerian Kesihatan Negeri Perak iaitu Hospital Slim River, Hospital Bahagia Ulu Kinta dan Pusat Kesihatan Desa Kampar.

ohan telah membawa pulang RM 1,000 berserta Piala Pusingan Dato’ Malek Noor yang dimenangi oleh pasukan dari Pusat Kesihatan Desa Kampar manakala Naib Johan dimenangi oleh pasukan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta yang membawa pulang RM 700.00 dan Hospital Slim River di tempat ke-3 dengan wang tunai RM 500.00. 

Pertandingan telah diadili oleh Juri yang dijemput khas dari Kementerian Belia dan Sukan dari tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.



Tempat Pertama
Pusat Kesihatan Desa Kampar

Tempat Ke-2
Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak



Tempat Ke-3
Hospital Slim River, Perak


0 comments:

Post a Comment