POLIS
EVO YANG MENYENGAT
Baru jer lepas tengok Polis Evo…..menarik dan mendebarkan.
Saya memang suka sangat cerita-cerita yang bercorak cerita kepolisan
tambah-tambah lagi cerita-cerita penyiasatan. Masih ingat lagi masa sekolah dulu-dulu,
pukul 9 dah melangut denpan televisyen sebab nak tengok cerita-cerita aksi
seperti McGyver,Knight Rider, Spencer for
Hire, Airwolf dan beberapa lagi cerita aksi. Kepuasan melihat Polis Evo
tidak sama dengan kepuasan melihat cerita-cerita yang saya katakana tadi.
Mungkin juga cara dan teknologi orang luar negara yang menentukan tahap
kepuasan itu. Walau bagaimana pun saya merasa bangga dengan pengarah tempatan
yang berjaya menghsilkan filem ini sehingga mendapat kutipan mencecah RM 17
juta.
SINOPSIS
Polis Evo
mengisahkan seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor
Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga
yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini
mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini,
namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas
di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri
kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti
berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini
berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan
protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya
berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor
Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu
belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka
INTI PATI
Polis
Evo memiliki
kebanyakan elemen hiburan yang telah ditetapkan oleh sekolah perfileman
Hollywood - adegan polis mengejar penjahat, berbalas tembakan, kereta meletup,
pergaduhan, komedi dan juga elemen cinta yang ringan.
Pengarah Polis Evo, Ghaz
Abu Bakar mereplikasikan
elemen ini dengan sangat baik dalam latar Malaysia, ditambah pula dengan latar dialek
tempatan seperti penggunaan loghat Terengganu, watak gangster tempatan dan
sedikit pemaparan budaya Melayu - Islam dalam beberapa babak.
Filem
ini mendapat sentuhan yang baik dari filem-filem arahan Ghaz Abu Bakar sebelum
ini seperti Hantu Kapcai dan Suami Aku Ustaz. Pemilihan Zizan Razak sebagai
peneraju utama mungkin disebabkan beliau pernah berlakon filem arahan Ghaz
sebelum ini iaitu Hantu Kapcai.
Adegan-adegan
dalam Polis Evo disusun dengan logik tanpa membodohkan
penonton seperti yang dilakukan
kebanyakkan filem-filem lain Malaysia.
Contohnya
seperti dalam babak Inspektor Sani (lakonan Zizan Razak) menumbuk-numbuk
dinding hospital kerana marah apabila mengetahui adiknya diculik penjahat. Walaupun
perlakuan itu diperhatikan oleh salah seorang jururawat yang senag bertugas di
situ yang tidak setuju dengan perbuatan tersebut tetapi dia tidak berani
melarang. Walaupun babak ini kecil, teapi memberi signifikan dan menghormati
intelek penonton terhadap isu bahawa perlakuan sebegitu tidak berani ditegur
kerana orang yang melakukan perbuatan itu adalah polis.
Menghormati
penonton adalah satu sifat jujur pengarah yang jarang ada dalam filem tempatan
kini dan ia sangat dihargai. Pengarah tidak boleh sambal lewa berbuat itu ini
dan berharap penonton sama ada cukup bodoh untuk tidak menyedarinya atau
memaafkan sahaja kesilapan tersebut.
Nora Danish memegang peranan sebagai adik kepada Inspektor Sani |
Dalam memastikan filem
yang dihasilkan mencapai box office, pemilihan pelakon amatlah penting.
Contohnya pemilihan Saheizy Sam dan Zizan Razak serta Nor Danish. Ketiga-tiga
pelakon ini amat memenuhi kehendak Ghaz kerana pandai memainkan peranan dan
watak masing- masing. Nora Danish, boleh cakap Terengganu beb…saya suka dengan
Nora cakap dialek Terengganu. Memang menjadi…manakala Zizan pula memang pernah
berlakon menggunakan dialek Terengganu seperti dalam Oh! My English. Sementara
Saheizy Sam pula memang terkenal dengan machonya, bagi lah watak apa sekali pun
pasti menjadi. Kalau tidak masakan dia boleh menang Pelakon Paling Popular
saban tahun. Pemilihan A. Galak yang memegang watak sebagai pegawai
kepada Inspektor Khai adalah satu pilihan yang tepat kerana A. Galak adalah
pelakon tetap dalam drama Gerak Khas dan secara tidak
langsung beliau sudah kenal dan memahami selok belok dalam genre kepolisan.
Saheizy Sam sebagai Inspektor Khai |
Ghaz bijak memanipulasi
elemen-elemen dalam filem ini dengan memasukkan elemen Hollywood untuk menarik
penonton bagi segenap lapisan umur. Adegan tembak menembak dan kejar mengejar pastinya akan mendapat
perhatian dari golongan kanak-kanak dan juga remaja.
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani |
Sebagai
seorang pengarah yang berpengalaman beliau semestinya tahu tingkat hiburan yang
dikehendaki orang ramai pada masa ini dan selera penonton Malaysia yang mahukan
filem-filem trill seperti Polis Evo ini. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kesilapan semasa
membikinkan Polis Evo seperti Inspektor Sani yang bertugas di kampung sendiri
yang menampakkan sedikit pelik kerana secara hakikinya seseorang anggota polis
itu akan ditugaskan ditempat yang tidak dikenali bagi megelakkan bias.
Berdasarkan
sifir yang digunakan Ghaz dan Astro Shaw ini, saya berpandangan Polis Evo mungkin boleh
diletakkan pada tingkat yang sama dengan Ombak
Rindu.
Secara
jujur, kita menghargai usaha gigih, kreativiti dan kebijaksanaan Ghaz dalam
membikin Polis Evo yang mampu “meletupkan” pawagam
dan membuat penonton secara umum berasa berbaloi membeli tiket.
Secara
peribadi kita boleh terhibur dengan Polis
Evo, malah boleh
sangat terhibur sambal melayan keluarga. Tetapi selepas dua puluh atau tiga
puluh tahun, barangkali tidak ada satu babak pun dalam filem itu yang melekat
kuat di kepala dan hati kita. Saya amat mengharapkan agar Ghaz Abu Bakar boleh
mengarahkan lagi filem-filem seperti ini dengan lebih treler.
Sampai di sini dulu yer….saya bukan lah pandai sangat
bab-bab memgulas filem tapi apa saya tulis adalah hasil dari pemikiran dan
pendapat saya sendiri…..semoga industri filem kita beerkembang maju selaras
dengan peningkatan teknologi masa kini….
Sampai jumpa lagi di coretan akan datang….bye…
0 comments:
Post a Comment