LANGKAWI AKU DATANG….
Sesi bergambar dengan
penduduk kampung yang sporting
Hujung
minggu lepas saya berkesempatan menghabiskan cuti hujung minggu ke Pulau
Lagenda, Langkawi bersama ahli-ahli kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Teja Zon
A melaksanakan Lawatan Integrasi ke KRT Kg. Kuala Teriang di Padang Matsirat.
Program 3 hari 2 malam ini adalah dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasioanal (JPNIN). Objektif program ini adalah untuk mengeratkan
hubungan silaturrahim antara AJK KRT Taman Teja dengan AJK KRT Kuala Teriang serta
menimba ilmu dan pengalaman baru yang boleh didapati dalam siri lawatan
tersebut.
Sebahagian dari
penduduk kampong yang menyertai aktiviti
senamrobik
Kedatangan
kami disambut mesra oleh penduduk kampung tersebut. Hari pertama di sana
dihabiskan dengan aktiviti ramah mesra dengan penduduk-penduduk kampong. Kmai
juga sempat melakukan senamrobik kepada penduduk kampong dan mendapat sambutan
yang menggalakkan. Daripada tinjauan yang dibuat, penduduk kampung ini kurang
mendapat peluang yang sebegini kerana kedudukan kampung mereka yang terletak
dipinggir bandar. Walaupun kampung mereka jauh dari bandar tapi terdapat
pelbagai kemudahan seperti chalet dan restoran-restoran yang mendapat perhatian
dari pelancong antarabangsa.
Selepas
itu, kami dibawa melawat pondok kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang aktif di
kampung tersebut.
Bergambar di depan
pondok SRS
Bergambar di pintu hadapan Taman Agrotech
Yang seronok kat
sini lepas jalan-jalan dengan lori tu, pemandu tu berhenti di satu tempat untuk
fruit testing. Apa lagi jomm kita makan
buah-buahan yang segar dari ladang…
Kami juga dibawa melawat ke ladang anggur. Walau bagaimana pun buah-buah anggur ini
belum cukup matang untuk di petik….so kita bergambar saja lahhh yer…
Kita
posing jer la yerr dengan buah-buah anggur yang segar
Hari
ke-3 di Pulau Lagenda, semestinya kami tidak melepaskan peluang
untuk melawat muzium 3D. Muzium 3D atau
Langkawi Arts In Paradise ini terletak di Oriental Village adalah muzium 3D
yang terbesar di Malaysia dan yang kedua terbesar di dunia. Wahhh tumpang
bangga sebab muzium tu ada kat negeri kelahiran saya. Dengan keluasan 21,000
kaki, ia mempunyai 3 tingkat dan lebih dari 100 buah lukisan yang diilhamkan
oleh Leading Korean Master Artists. Kos perbelanjaan membina muzium ini menelan
belanja hampir 17 juta. Tiket untuk masuk ke dalam muzium adalah berharga RM 30
untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak.
Si pari-pari…hehe
Sebelum
masuk kedalam muzium ini, semua pengunjung dikehendaki untuk membuka kasut
masing-masing dan di simpan di bahagian Shoe Rack yang terletak di pintu masuk
muzium. Sebaik melangkah kaki masuk kedalam muzium tersebut…Ya Allah
terpegunnya saya melihat keindahan lukisan di dinding dan dilantai dengan yang
dilukis dengan begitu teliti menampakkan kehalusan dan kesenian terpancar jelas.
Dah lenguh kaki
berjalan, berposing…jomm kita rehat sebentar di bawah payung..
Terbahagi
kepada Sembilan zon yang terdiri dari zon ilusi optic, akuarium, fantasi,
Mesir, Istana Lama, Interaktif, safari, klasik dan Malaysia. Setiap pelancong
yang datang pasti tidak akan mengecewakan. Hampir dua jam saya berada di dalam
muzium tersebut sambil berposing-posing menikmati keindahan kesenian yang
diilhamkan. Jomm kita naik sampan pulak….nampak macam betul jer semua lukisan
yang terdapat di sini.
Naik
sampan tak jumpa pulak mana pendayung nya…
Dah macam drama ‘ I dream of Jennnie’…..saya
suka sangat tengok drama nie dulu-dulu…sebab suka tengok Jeannie yang cute
dengan tuannya yang handsome…haha
Ohhh
Mona Lisa…sapa tak kenal Monalisa sebuah karya
agung lukisan Leonardo Da Vinci abad
ke-15 yang kini disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. Lukisan Mona Lisa popular kerana hasil seninya menampakan
lukisan itu seperti bernyawa. Mona
Lisa merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci abad ke-15. Lukisan
ini merupakan antara lukisan potret yang pertama yang menggambarkan model di
depan landskap bayangan pelukis dan Leonardo merupakan antara pelukis yang
pertama yang menggunakan perspektif udara dalam lukisan. Bila pandang lama-lama
potret nie…rasa macam berhantu pulak….heee abaikan…itu hanyalah khayalan saya…
Itulah sedikit sebanyak catatan saya untuk kali ini...insyaallah kita berjumpa lagi di lain masa.....jumpa lagiii yerr...