PRO
DAN KONTRA PENERBITAN KARYA SASTERA INDIE DI MALAYSIA
PENGENALAN
Sastera berasal daripada bahasa Sanskrit
iaitu “castera”. Kesusasteraan adalah kumpulan buku-buku yang indah
bahasanya dan baik isinya. Menurut Hashim Awang, sastera adalah ciptaan atau
karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil seni (karyatulisan) dalam
bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu
bersandar pada zaman. Peradaban dan martabat sesuatu bangsa itu dapat dilihat
melalui karya tradisional atau klasik yang dimiliki dan bangsa Melayu tidak
terkecuali dalam hal ini. Era Tradisional merujuk kepada dinilai sebelum wujud
teknologi penerbitan (SasteraLisan) manakala moden pula merujuk kepada selepas
teknologi penulisan dan boleh dibuktikan sebagai teks. Ani Hj Omar (2011)
menyatakan bahawa sastera berfungsi untuk menghargai karya-karya kreatif yang
telah dihasilkan oleh para penulis tanah air mahupun luar negara. Karya-karya
ini ditulis dalam pelbagai genre seperti cerita rakyat, panji, epic, hikayat
dan sebagainya.
Pada zaman teknologi dan kebebasan bersuara
dalam menyampaikan maklumat hari ini, masyarakat dunia semakin bebas meluahkan
idea serta pandangan hidup mereka dalam sesuatu isu. Setiap orang boleh menjadi
penulis dan menerbitkan tulisannya dengan lebih mudah berbanding zaman dahulu. Dalam
dunia penulisan hari ini, kemunculan karya-karya jenis indie ternyata mendapat
saingan yang hebat dari penerbitan karya-karya sastera melayu lain. Penulisan
baru yang digelar sastera atau penulisan indie telah menjadi seperti sebuah
fenomena yang diminati ramai. Penulis-penulis baharu tumbuh bagai cendawan dan
menjadi popular dalam sekelip mata sahaja. Majoriti penulisnya pula adalah muda belia
yang selama ini ada yang tidak dikenali langsung. Pada masa dahulu orang yang
sudah terkenal dalam bidang masing-masing yang menulis buku untuk kongsikan
pengalaman dan pandangan hidup mereka, tetapi pada hari ini orang yang tidak
dikenali menjadi terkenal kerana buku yang mencatat pandangan dan pengalaman
hidup mereka.
Karya-karya indie semakin diminati oleh
pengemar-penggemar sastera kerana proses penerbitan buku indie tidak dikawal
dengan ketat seperti penerbitan buku lain seterusnya membolehkan karya jenis
ini sentiasa mempunyai penerbitan yang terkini di pasaran. Perkembangannya yang
semakin popular disebabkan wujudnya kesedaran bahawa sastera remaja bukan
sahaja memberi hiburan, keseronokan dan pengetahuan, malahan merupakan wadah untuk
menyampai mesej dan menerapkan unsur-unsur pembinaan insan dan seterusnya
melahirkan generasi yang unggul. Perkembangan yang memberangsangkan ini dapat
dilihat dengan bertambahnya manuskrip dalam pelbagai genre seperti novel,
cerpen, puisi dan drama yang perlu diberi perhatian sewajarnya.
PERBINCANGAN
ISU
Sastera Indie
merupakan karya yang ditulis oleh pengarang baharu dan masih muda dalam
penerbitan. Mereka menjadikan ruang ini sebagai alternatif untuk menyiarkan
karya mereka yang santai dan terikat dengan mana-mana peraturan dalam
undang-undang penerbitan kerana proses penerbitan karya inde tidak dikawal
ketat oleh mana-mana pihak. Karya indie menjadi semakin diminati ramai
kebelakangan ini terutamanya generasi muda kerana kandungannya bersesuaian
dengan jiwa mereka. Dengan kemudahan mencetak yang murah dan cara promosi yang
meluas melalui media sosial seperti Facebook
atau Twitter, kemunculan karya-karya
indie semakin mendominasi, bahkan menyaingi jualan dan populariti karya-karya
arus perdana.
Walau bagaimanapun kemunculan karya
indie menimbulkan pelbagai spekulasi tentang pro dan kontra karya tersebut. Rafidah
Eksan dalam Dewan Sastera Ogos 2016 melalui sisipan reaksi dengan penulisan
yang bertajuk ‘Pro dan Kontra Penerbitan Karya Sastera Indie Di Malaysia menyingkap
kelebihan dan kekurangan kemunculan sastera indie ini. Antara
kelebihan-kelebihannya ialah melahirkan pengarang baharu dalam bidang penulisan
secara tidak langsung menambahkan lagi jumlah penulis-penulis di Malaysia.
Selain itu, dengan tiada penilaian dan penapisan dari pihak berwajib mendorong
penulis menghasilkan pelbagai karya-karya indie yang baru dengan pelbagai jenis
penulisan. Disamping itu, penerbitan karya indie tidak memerlukan kos yang banyak kerana
kesudian syarikat-syarikat penerbitan untuk menerbitkan karya-karya mereka dan
secara tidak langsung menambah pendapatan syarikat tersebut.
Perkembangan pesat karya-karya indie ini
juga merupakan satu kelebihan disebabkan kaedah pemasaran yang agresif dengan
mempromosikan terbitan karya-karya ini melalui kaedah sistem pesanan ringkas
(SMS) dan buku elektronik (e-buku). Selain itu, penerbitan karya indie ini
lebih bebas berbanding penerbitan karya sastera
lain dan harga jualan yang ditawarkan
juga mampu dimiliki serta lebih
murah berbanding dengan buku-buku dari
syarikat yang lain.
Disamping kelebihan-kelebihan karya
indie, Rafidah Eksan juga meninjau
beberapa kelemahan penerbitan karya-karya tersebut. Antaranya ialah karya-karya
yang terbitkan berkecenderungan memiliki kesalahan dan melanggar etika
penerbitan kerana tiada proses penilaian dan penyuntingan sebelum karya itu di
terbitkan. Selain itu gaya penulisan yang agresif telah melanggar nilai-nilai
norma masyarakat Malaysia yang terkenal dengan penuh sifat sopan santun dan
berbudi bahasa. Penerbitan karya indie juga mementingkan keuntungan kerana
karaya yang diterbitkan adalah menurut permintaan pasaran dan ianya adalah berbentuk hiburan semata-mata tanpa
mementingkan aspek-aspek pembangunan dan kemajuan negara.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, tulisan-tulisan ini
adalah cerminan apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat, baik ataupun
buruk. Sudah semestinya karya-karya indie ini bukan negatif atau buruk
kesemuanya, tetapi apa yang mahu dijelaskan di sini, ia adalah cerminan apa
yang ada dalam masyarakat.
RUJUKAN
Rafidah
Eksan (2016). Pro dan Kontra Penerbitan
Karya Sastera Indie Di Malaysia dalam Dewan Sastera Ogos 2016 hal. 55-57.
Mohd
Hasnul Mohd Sani (2016). Meng”indie”kan kesusasteraan dalam Dewan Sastera Ogos
2016 hal. 22-24.
Razali
Endun (2016).Dilema sastera melayu dalam Dewan Sastera Ogos 2016 hal. 46-48.
http://duniakesusasteraan.weebly.com
0 comments:
Post a Comment